Pelancong Australia Ini Cerita Pengalaman Seram Bersama Keluarganya Di Malaysia (Pt. 2)

Trending

Pelancong Australia Ini Cerita Pengalaman Seram Bersama Keluarganya Di Malaysia (Pt. 2)

Hai semua, maaf kerana lambat kemas kini cerita. Beberapa hari ini, keadaan huru-hara. Saya dapat hubungi Sheikh tersebut. Dia kata dapat datang dalam 5-7 hari lagi. Disebabkan Islam ialah kepercayaan Abrahamik, ia mempunyai ciri persamaan dengan Kristian dan Judaisme, teutamanya tentang roh dan perkara paranormal.


 photo seramaust2.jpg

Apa pun, saya masih berjaga sejak malam kami pulang dan saya cuba memasang telinga jika ada bunyi pelik yang lain di rumah. Ahli keluarga saya masih ‘bersenandung’ mulai pukul 4.15 pagi hingga 5.30 pagi. Pada masa ini, saya mula mengeluarkan ‘senjata’ saya iaitu mula membaca Al-Quran (kitab suci orang Islam). Ini benda yang pelik kerana saya selama ini bukan penganut agama tegar. Apa lagi boleh saya katakan, perkara sebegini memang memberi kesan kepada kepercayaan agama saya.

Advertisement

Pada pukul 5.30 pagi, ‘benda’ yang menyerupai bapa saya (saya tak nak percaya benda itu bapa saya) bangun tidur dan turun ke bawah. Dia tak mandi atau ke tandas dahulu, hanya turun dan tanya mengapa ada Quran di meja kopi. Suara semua ahli keluarga saya masih tetap sama. Saya tak pasti bagaimana itu berlaku dan sekiranya ada yang tahu sama ada hantu boleh meniru suara orang yang dirasuk, boleh kongsikan pengetahuan anda.

Jadi, ‘bapa’ saya turun dan makan dua keping roti bakar dengan mentega serta sejenis minuman ringan. Memang dia bersarapan begitu selama ini. Jadi saya mula fikir bapa saya yang sebenar bukan dilarikan atau telah mati, cuma dirasuk oleh roh jahat ini. Ibu saya juga bersarapan dengan apa yang dia makan setiap pagi (dia tidak mandi atau ke tandas dahulu), iaitu kopi pekat tanpa gula dan semangkuk emping jagung.

Sekarang pukul 8.00 pagi dan mereka bersiap untuk ke tempat kerja. Mereka tidak tanya pada saya arah untuk ke pejabat jadi saya percaya mereka sudah bertanya pada kawan-kawan mereka semalam. Abang-abang, saya dan adik perempuan saya masih bercuti jadi kami saja yang ada di rumah. Saya lebih selesa berinteraksi dengan ‘adik beradik’ saya ini tanpa dipengaruhi oleh ‘bapa’ saya kerana yang bapa itu seolah-olah ketua mereka, beritahu mereka apa yang patut dibuat dan bagaimana untuk bertindak.

Seperti yang saya beritahu, saya bawa Quran untuk dibaca dan ia menenangkan minda saya. Ramai orang kata di ruangan komen yang ia mungkin jin (jin tidak semestinya jahat, tetapi boleh merasuk manusia), oleh sebab itu, saya telah membaca surah Al-Jin. Apabila saya baca dengan kuat, saya boleh dengar bunyi seperti mencakar di tingkat atas, terutamanya dari bilik adik saya. Mungkin saya hanya membayangkan yang surah itu memberi kesan kepada apa yang ada di tingkat atas, saya tak berapa pasti. Saya telah bercakap dengan beberapa orang rakan keluarga dan mereka kata saya tak cukup ‘kuat’ (saya rasa, dari segi rohani) untuk melawan benda yang menyamar jadi keluarga saya dan saya patut tunggu saja Sheikh itu datang.

Sekarang pukul 2.50 petang. ‘Adik-beradik’ saya masih belum bangun tidur. Saya tak pasti kenapa. Pada hari paling malas sekali pun, jarang orang masih tidur lepas 1.30 petang. Saya sangat teruja mahu naik ke tingkat atas untuk lihat apa yang telah terjadi tapi saya dah banyak tonton filem seram dan tahu itu bukan idea yang bagus. Saya tak mahu mati tanpa dapat selesaikan masalah ini. Ibu bapa saya biasanya balik pukul 5.30 petang jadi saya ada banyak masa untuk mendapatkan maklumat dan berdoa banyak-banyak.

5:34 petang, saya dengar ibu bapa saya pandu masuk ke dalam garaj. Meraka masuk dalam rumah bersama, dan kelihatan seperti tidak puas hati berbanding pagi tadi. Saya tak pasti mengapa saya dengar ‘bapa’ berbisik kepada ‘ibu’ tentang “tak sepatutnya datang”, “sepatutnya tinggal” dan sesuatu yang kedengaran seperti ‘banjoran titwang’. Saya tak pasti sama ada saya dengar dengan betul, apakah ia sebentuk cacian? Satu tempat? Saya tak ada klu. Saya tak tahu itu bahasa apa, yang nyata ia bukan bahasa Inggeris. Mereka menyapa saya kemudian naik ke tingkat atas. Apa yang hendak mereka lakukan, saya tak tahu, tapi asalkan mereka tak dekat dengan saya, saya tak rasa bimbang. Bau busuk masih ada dalam rumah tapi tak kuat sangat. Mungkin juga saya dah biasa dengan bau itu.

Baru masuk tengah malam di sini, 12:07 lebih tepat. Saya sangat mengantuk (dah tak tidur lebih dari 72 jam) jadi saya jadikan sofa katil sementara dan saya juga dengar ayat Quran melalui fon telinga. Saya rasa lebih tenang begitu, saya akan kemas kini tentang kedatangan Sheikh nanti,.

KEMASKINI: Saya tahu saya disuruh untuk tidak cuba melawan benda yang merasuk ahli keluarga saya tapi saya memang degil. Bila saya dengar mereka ‘bersenandung’ saya akan baca ayat Quran dengan perlahan dan saya sumpah mereka akan berhenti berlagu dan saya akan dengar bunyi ketukan, di bawah bilik bapa saya. Ketukan itu sama saja coraknya, tiga ketukan pendek, tiga ketukan panjang dan sekali lagi tiga ketukan pendek. Saya tak pasti apa makna ketukan tersebut. Satu amaran? Atau sembilan ketukan memberi satu makna? Saya juga masih menunggu Sheikh itu datang pada Jumaat ini, sekarang baru hari Selasa. Saya akan kemaskini secepat mungkin.

KEMASKINI: Saya kembali, kawan-kawan, dan saya masih sihat. Sekarang petang Sabtu yang sejuk dan saya baru habis bercakap dengan Sheikh untuk kali kedua. Namanya Imam Ahmad dan saya akan ulang semula apa yang saya lihat dan apa yang dia beritahu pada saya semasa pertemuan kami yang pertama.

Imam Ahmad mendekati bapa saya dan bersalaman dengannya. ‘Bapa’ saya berjabat tangan dengannya seolah-olah terpaksa. Inilah bunyi dialog mereka:

  • IMAM AHMAD: Assalamualaikum. Boleh beritahu siapa kamu?
  • ‘BAPA’: Saya Ali *****
  • (nota: Perasan tak dia tak jawab salam Imam Ahmad?)
  • IMAM AHMAD: Ali, kamu kerja apa?
  • ‘BAPA’: Saya saintis farmaseutikal, bekerja untuk ****** ******* *******
  • IMAM AHMAD Berapa lama dah kerja di sana?
  • ‘BAPA’: Hampir 25 tahun.

Pada masa ini, ‘bapa saya’ lulus cemerlang. Dia tahu nama kami, apa yang kami belajar di universiti, dan benda remeh lain macam kerja rumah yang paling saya benci (memvakum) dan pemanis mulut kegemaran ibu saya. Tapi masih ada sesuatu yang tak kena. Bau busuk masih ada dan kadang-kala, kedengaran bunyi ‘adik-beradik’ saya berlagu di tingkat atas. Saya tanya Imam Ahmad jika dia terbau busuk daging reput tetapi Imam kata tidak. Pada masa ini, Imam Ahmad tanya jika dia boleh cuba satu eksperimen. Eksperimen itu ialah memainkan beberapa ayat dari surah Al-Baqarah dan lihat reaksi mereka. Imam Ahmad beritahu saya Imam dan Sheikh lain juga mempratikkan perkara yang sama untuk mengetahui sama ada jin atau benda paranormal lain terlibat dalam kejadian pelik seperti ini. Saya beritahu dia, saya ada surah itu dalam iPhone, dan beri kepadanya. Dia tekan ‘play’ dan menunggu ia dimainkan.

Hasilnya berlaku dengan pantas. ‘Bapa’ saya mula menjerit dan jeritannya tidak kedengaran seperti manusia, sampai saya takut dia akan makan kami. Jeritan juga kedengaran dari tingkat atas dan bunyi cakaran juga semakin galak. Semua ini berlaku dalam masa tiga saat tapi saya rasa macam sangat lama. Imam Ahmad berhenti mainkan ayat Quran dan beritahu saya dia boleh bau daging reput yang saya katakan sebelum ini.

Dengan kekuatan yang ada, saya minta dia terangkan apa yang telah dia lakukan. Kerana menonton filem Hollywood, saya tahu apa yang dibuat untuk mengatasi rasukan dalam kepercayaan Kristian, dengan The Lord’s Prayer, air suci, salib dan sebagainya. Tetapi saya tak tahu tentang semua ini dari segi perubatan Islam.

Imam Ahmad lihat wajah saya yang ketakutan dan tanya jika saya boleh tinggal bersama kawan-kawan keluarga saya untuk beberapa hari dan minta saya bertemunya di masjid selepas Zuhur keesokan harinya. Dia menunggu sementara saya uruskan tempat tidur saya malam itu dan siap hantarkan saya ke tempat saya bermalam.

Dalam perjalanan ke tempat tinggal kawan baik saya (dia tinggal di asrama universiti) Imam Ahmad menerangkan pada saya apa yang telah berlaku. Ringkasnya, dia 85% percaya yang ahli keluarga saya dirasuk Jin yang kuat dan memiliki niat jahat. Saya menerima berita itu dengan tenang, dan Imam bertanya mengapa saya tenang.

Pada masa itu saya beritahu dia yang saya telah bercerita tentang semua ini di Reddit dan ada orang cakap tentang ‘Skinwalkers’ dan ‘halusinasi kerana penyalahgunaan dadah’.

Imam Ahmad sangat yakin yang ahli keluarga saya masih hidup tetapi tidak akan hidup lama jika tidak berubat segera. Pada masa ini, saya menjadi lebih takut lagi. Sampai ke tempat kawan saya, Imam ingatkan saya yang saya perlu berjumpanya di masjid keesokan harinya.

Buat masa ini, saya tinggal dengan Amelia, kawan baik saya selama enam tahun. Saya beritahu dia apa yang telah terjadi, tetapi disebabkan dia seorang ateis (tiada agama), dia lebih cuba memahami apa yang terjadi menggunakan logik akal sahaja. Itu saja yang dapat beritahu buat masa ini dan saya akan kemaskini setelah berjumpa Imam Ahmad.###

Nota penulis: Buat masa ini ini perkembangan terbaru pelancong tersbeut. Kami akan muat naik certa terbaru beliau sebaik saja dikemaskini.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. Suria

    January 31, 2017 at 4:09 pm

    ada lagi ke sambungan kisah nie?