Pelancong Asing Kagum Dengan ‘Bidet’, Terus ‘Renovate’ Tandas Bila Pulang Dari Malaysia & Arab – “Rasa Teruk Dulu Guna Tisu Je””

Gaya Hidup

Pelancong Asing Kagum Dengan ‘Bidet’, Terus ‘Renovate’ Tandas Bila Pulang Dari Malaysia & Arab – “Rasa Teruk Dulu Guna Tisu Je””

Jika ditanya kepada pelancong asing apa yang mereka suka tentang negara kita, pelbagai jenis jawapan kita akan dengar tetapi kebanyakan daripada mereka akan berkata Malaysia ini ‘syurga makanan’.

Sebaliknya, kebanyakan rakyat Malaysia bercuti ke luar negara pula akan berkongsi kesukaran yang sama iaitu tandas yang tiada bidet atau paip untuk mencuci.

Advertisement

Namun, siapa sangka sesetengah pelancong luar yang datang ke Malaysia berasa kagum dan terpesona dengan tandas di negara ini yang mempunyai paip.

Mengejutkan, segelintir daripada pelancong suka dengan tandas yang dibina dengan paip sehinggakan mereka membuat renovasi dan memasang paip di rumah.

Itulah yang dilakukan seorang wanita dari negara luar ini di mana perkongsiannya tentang tandas luar baru-baru ini meraih perhatian ramai netizen di Malaysia.

Wanita yang menggunakan nama Anana di Twitter itu berkata dia memasang paip ketika membuat pengubah suaian di rumah selepas pulang dari melancong di Malaysia dan Egypt.

Ramai netizen kita berasa bangga dengan perkara itu dan memenuhi ruangan hantaran Twitter tersebut dengan komen masing-masing. Ada juga individu dari negara luar yang turut menunjukkan tandasnya dipasang paip, juga selepas dia pulang dari melancong.

Segelintir netizen dilihat menyindir dan memberi komen sinis dengan berkata mereka ketinggalan zaman dan ketamadunan baru sampai di negara Barat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rentas-adevnture
2 years ago

"Punya Ramai Mat Saleh Yang Buat.." - Isu Bawa Budak 'Flying Fox', Penganjur Bidas Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...