Pelancong Asing Dikritik Selepas Mengaku Tak Mandi 3 Hari, ‘Travel’ Dari Penang Ke Langkawi – “Lepas Tu Dorang Baring Je Atas Katil?”

Kehidupan

Pelancong Asing Dikritik Selepas Mengaku Tak Mandi 3 Hari, ‘Travel’ Dari Penang Ke Langkawi – “Lepas Tu Dorang Baring Je Atas Katil?”

Satu video tular di media sosial tentang mencetuskan  kontroversi dalam kalangan netizen apabila ia mempamerkan sepasang kekasih pelancong asing di Malaysia.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Claire dan Peter telah merakamkan perjalanan mereka dari Pulau Pinang ke Langkawi.

Advertisement

Bagaimanapun, pengakuan pasangan itu bahawa mereka sudah tidak mandi atau membersihkan diri selama tiga hari di Pulau Pinang, telah meraih perhatian ramai.

 

3 hari tak mandi di Pulau Pinang

Kata mereka, ia disebabkan sumber air yang berwarna kekuningan membuatkan mereka mengambil keputusan untuk tidak mandi di sana.

Meskipun badan berpeluh-peluh disebabkan cuaca yang sangat panas dan ada kalanya hujan mereka tetap dengan pendirian untuk tidak membersihkan diri.

 air kotor

Malah, dalam keadaan begitu mereka meneruskan perjalanan menaiki bas dan feri ke Langkawi pula dan menyambung aktiviti percutian di sana sebelum berhenti menjamu selera id kedai fast food.

 

 

Netizen kritik, menjijikkan

Video itu dimuat naik semula oleh pengguna akaun Twitter dan ia serta merta mendapat perhatian dan kritikan ramai warganet di platform media sosial tersebut.

Netizen menyifatkan perangai pasangan berkenaan menjijikkan dan berkata air kotor itu bukanlah alasan yang kukuh kerana mereka boleh sahaja membeli air minuman dalam botol.

Ada yang turut berkata pasangan itu juga boleh mencari alternatif lain seperti menginap di tempat yang mempunyai sumber air lebih berkualiti.

 

Enjoy bercuti di Malaysia

Difahamkan, video itu dimuat naik oleh pasangan tersebut pada tahun lalu namun ia tular dan menerima pelbagai kritikan disebabkan sikap tidak menjaga kebersihan mereka berdua.

Bagaimanapun, Claire dan Peter mengakui meskipun ada kontroversi tentang kebersihan diri, mereka tetap menikmati waktu dihabiskan di Malaysia malah turut memuat naik beberapa video lain ketika percutian mereka di sini.

pelancong china
3 months ago

(VIDEO) "Tak Ngam Makanan Sini, Baru Berapa Hari Saya Dah Kurus" - Pelancong China Kritik Makanan Malaysia, Raih Perhatian Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...