Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pelancaran Samsung Galaxy S4 Di Malaysia

Sabtu lepas, Abang Nara telah menghadiri majlis pelancaran Samsung Galaxy S4 di Sunway Pyramid. Abang Nara tiba di sana kira-kira jam 9.30 pagi. Terkejut gila dibuatnya kerana orang ramai telah memenuhi Blue Cube Sunway Pyramid sejak jam 8 pagi lagi.
samsung galaxy s4Nampaknya memang semua orang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk merasai sendiri kehebatan Samsung Galaxy S4. Nasib baik Abang Nara selaku blogger dapat masuk ke dalam Blue Cube untuk mencuba smartphone terbaru ini. Teruja dibuatnya apabila Abang Nara memegang S4 di tangan ini.
samsung galaxy s4
Samsung Galaxy S4 dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.99-inci (resolusi 1080×1920 pixel), kamera belakang 13-megapixel, memori sebanyak 2GB RAM dan juga menggunakan cip pemprosesan Exynos 5 Octa. Ia turut menggunakan Android 4.2 Jelly Bean serta dilengkapi dengan antaramuka TouchWiz padanya.
samsung galaxy s4Memang meriah majlis pelancaran Samsung Galaxy S4. Selesai di Blue Cube, boss besar Samsung iaitu Kwon Jae Hoon telah bergerak ke Digi, Umobile dan Maxis untuk majlis pelancaran di sana pulak. Di kesemua tempat memang penuh dengan manusia. Nampaknya ramai yang tidak sabar-sabar untuk menjadi pemilik Samsung Galaxy S4.
samsung galaxy s4Abang Nara pun tak sabar untuk merasai sendiri kehebatan S4 yang telah digembar-gemburkan di Internet selama ini. Nantikan review daripada Abang Nara tidak lama lagi. Pasti anda akan turut teruja dan akan terus membeli S4 selepas membaca review Abang Nara kelak.

Advertisement

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top