POPLOOK adalah salah satu online store yang paling popular di Malaysia. Wife Abang Nara suka membeli belah di POPLOOK kerana kualiti pakaiannya yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Bukan sahaja selebriti-selebriti popular seperti Lisa Surihani, Sazzy Falak dan Misha Omar sering menggayakan pakaian daripada POPLOOK, blogger fesyen dari Malaysia dan Singapura juga memilih POPLOOK untuk pakaian harian mereka.
Setiap kali Hari Raya, POPLOOK pasti akan mengeluarkan koleksi istimewa untuk pembeli-pembeli setia mereka. Untuk raya kali ini, POPLOOK melancarkan 4 koleksi yang diberi nama Garden, Lace, Jewel dan Baroque. Keempat-empat koleksi ini pastinya akan memberi lebih banyak pilihan kepada kaum Hawa di luar sana untuk bergaya sepanjang bulan Syawal kelak. Yang penting, kesemua koleksi yang ditawarkan amat unik, berkualiti tinggi dan akan menyerlahkan penampilan mereka yang memakainya. Harga yang ditawarkan pun berpatutan, diantara RM106 hingga RM164.
Koleksi Garden dari POPLOOK untuk Hari Raya direka khas untuk kaum Hawa yang yang mementingkan sifat kelembutan seorang kewanitaan dan mahu tampil ceria di Hari Raya. Dengan pelbagai pilihan warna lembut untuk koleksi Garden, kaum Hawa tidak perlu risau kekurangan pilihan baju untuk mana-mana tema ketika berhari raya. Paling menarik ialah sentuhan tambahan yang menaikkan lagi kecantikan koleksi Garden menggunakan satin berkualiti tinggi, fabric digital dan banyak lagi. Memang sekali tengok pasti akan jatuh cinta.
Wife Abang Nara amat teruja apabila melihat koleksi Lace daripada POPLOOK. Nasib baik dia tengah sarat mengandung kalau tak confirm dah beli 2,3 pasang untuk digayakan di pagi raya. Dengan pendekatan “less is moreâ€, koleksi LACE memang menyerlahkan lagi kejelitaan mereka yang memakainya. Lebih-lebih lagi lace diletakkan dengan begitu teliti sekali untuk memastikan ia padan dengan rekaan pakaian. Tak lebih tak kurang. Memang sedap-sedap je. Korang tengoklah gambar kat bawah nie. Simple tapi sangat menawan kan?
Baru 2 koleksi yang Abang Nara kongsikan dengan anda semua tapi dah mula rambang mata kan? Ini belum cerita mengenai koleksi Jewel dan Baroque lagi. Hehehe. Sabar-sabar. Buat masa ini, belum ada informasi lagi mengenai Jewel dan Baroque. Nanti dah ada, Abang Nara akan kongsikan dengan anda semua. Abang Nara yakin koleksi Jewel dan Baroque juga sehebat serta secantik koleksi Garden dan Lace. Sama-samalah kita nantikan.
Untuk informasi lanjut mengenai koleksi Hari Raya POPLOOK 2014, sila layari www.poplook.com, LIKE Facebook POPLOOK, follow Twitter POPLOOK dan ikuti Instagram POPLOOK. Selamat membeli-belah dan tampil lebih menawan bersama POPLOOK di pagi Syawal kelak.