“Pelancar Roket” Tersilap Sasaran, Zawara Tampil Mohon Maaf

Trending

“Pelancar Roket” Tersilap Sasaran, Zawara Tampil Mohon Maaf

Zawara Coffee hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia sekiranya gimik pengiklanannya berupa sebuah trak dilengkap pelancar roket mencetuskan keadaan panik.

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Zawara Coffee Sdn. Bhd, Kamarul Ariff mengakui syarikat itu terlepas pandang dan berjanji mengubah bentuk fizikal trak berkenaan.

“Trak itu jika dilihat secara dekat bukan loreng tentera tetapi gambar makanan yang kita jual di Zawara. Motif itu adalah motif burger dan churos,” katanya.

Semalam, polis Sepang menahan dua lelaki yang memandu kenderaan perisai tersebut di Jalan Semarak Api, Cyberjaya, selepas ia mencetuskan kebimbangan.

Mereka dibebaskan ikat jamin semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan.

Bagaimanapun, Zawara berkata pelancar roket palsu itu digunakan kerana ia melambangkan “tenaga” daripada meminum kopi.

“Sebab itu kita juga tulis ‘take a shot’, ia melambangkan kopi espresso.”

Menurut Kamarul, trak tersebut sudah digunakan selama sebulan dan diletakkan di beberapa lokasi seperti di Shah Alam dan The Curve di Damansara.

Ia dibeli secara peribadi daripada Angkatan Tentera Malaysia dan diubah pendaftaran menjadi milik awam. Kenderaan itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Kamarul berkata, pihaknya merancang mengubahnya dengan konsep lebih sesuai seperti meletakkan burger di atas trak. Beliau mengakui ia menimbulkan panik terutama ketika isu militan melibatkan IS masih rancak.

“Kalau trak itu dikeluarkan kita akan letakkan warna lain.”

Zawara Coffee dimiliki Zawara Sdn Bhd dan mempunyai tiga cawangan di Bukit Jelutong, Bangi dan Setapak, dan kafe berkonsep di Setia Alam, Taman Tun Dr Ismail, Cyberjaya, Putrajaya, The Curve dan Damansara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...