Altimet, komposer dan juga penyanyi hip hop terkenal negara ada meluahkan rasa syukur dan teruja apabila van sumbangannya kepada Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia yang kini dalam proses ubahsuai menjadi ambulans sudah hampir siap sepenuhnya untuk kegunaan orang ramai.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkongsikan berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di akaun media sosialnya untuk tatapan peminat.
Meskipun hanya mampu menyumbang sebuah van untuk kegunaan golongan yang kurang berkemampuan, Altimet berharap kenderaan tersebut dapat memberi manfaat serta mampu diguna pakai untuk mereka yang memerlukan.
Altimet yang dihubungi media turut menceritakan mengenai perjalanan pengubahsuaian van kepada ambulans yang menurutnya telah mengguna pakai duit hasil sumbangan daripada orang ramai.
View this post on Instagram“Mereka nak buat ambulans mampu guna untuk orang Malaysia. Saya pula ada van syarikat ini. Jadi, saya beri mereka tukar van ini jadi ambulans jariah yang diinginkan. Jadi, kami sekarang dalam proses tukar van ini kepada ambulans. Sebelum COVID-19, van jenis Toyota Hiace ini kerap digunakan.”
AdvertisementUjarnya lagi, sejak negara dilanda pandemik COVID-19, van tersebut jarang digunakan lalu dia telah mengambil keputusan untuk menderma sahaja van tersebut. Jelas Altimet lagi, kos pengubahsuaian ruang serta kelengkapan dalamannya hampir mencecah sekitar RM150,000.
View this post on InstagramNamun, soal kos itu tidak menjadi beban apabila ianya telah dibiayai pertubuhan melalui derma orang ramai.
“Saya hanya sumbangkan van sahaja dan harapan saya semoga van ambulans ini dapat menolong orang Malaysia yang memerlukan.” kata Altimet mengakhiri perbualan.
SUMBER : Harian Metro
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.1 Comment
Tinggalkan Komen Anda Di Sini
Loading...
tecit
March 23, 2021 at 3:32 pm
good job altimet. fardhu kifayah