Altimet, komposer dan juga penyanyi hip hop terkenal negara ada meluahkan rasa syukur dan teruja apabila van sumbangannya kepada Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia yang kini dalam proses ubahsuai menjadi ambulans sudah hampir siap sepenuhnya untuk kegunaan orang ramai.
Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkongsikan berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di akaun media sosialnya untuk tatapan peminat.
Meskipun hanya mampu menyumbang sebuah van untuk kegunaan golongan yang kurang berkemampuan, Altimet berharap kenderaan tersebut dapat memberi manfaat serta mampu diguna pakai untuk mereka yang memerlukan.
Altimet yang dihubungi media turut menceritakan mengenai perjalanan pengubahsuaian van kepada ambulans yang menurutnya telah mengguna pakai duit hasil sumbangan daripada orang ramai.
View this post on Instagram
“Mereka nak buat ambulans mampu guna untuk orang Malaysia. Saya pula ada van syarikat ini. Jadi, saya beri mereka tukar van ini jadi ambulans jariah yang diinginkan. Jadi, kami sekarang dalam proses tukar van ini kepada ambulans. Sebelum COVID-19, van jenis Toyota Hiace ini kerap digunakan.”
Ujarnya lagi, sejak negara dilanda pandemik COVID-19, van tersebut jarang digunakan lalu dia telah mengambil keputusan untuk menderma sahaja van tersebut. Jelas Altimet lagi, kos pengubahsuaian ruang serta kelengkapan dalamannya hampir mencecah sekitar RM150,000.
View this post on Instagram
Namun, soal kos itu tidak menjadi beban apabila ianya telah dibiayai pertubuhan melalui derma orang ramai.
“Saya hanya sumbangkan van sahaja dan harapan saya semoga van ambulans ini dapat menolong orang Malaysia yang memerlukan.” kata Altimet mengakhiri perbualan.