Permainan gelongsor air kaca yang baru dibuka kepada orang ramai di i-City dilaporkan tidak mempunyai kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk beroperasi. Terdahulu, salah satu pelampung kosong tiba-tiba terjatuh dari atas dan menimpa pengunjung hujung minggu lalu.
Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif, sebelum ini pihaknya telah mengeluarkan notis supaya dihentikan ketika masih dalam tempoh pembinaan, namun tidak dipatuhi.
Susulan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengeluarkan kompaun terhadap pihak i-City pada 14 November 2024.
Permainan ini belum dapat kelulusan beroperasi. Mereka (i-City) perlu menghantar permohonan kebenaran merancang (KM) dan permit sementara. Ada notis untuk henti ketika pembinaan tetapi tidak patuh, jadi MBSA keluarkan kompaun.
Tindakan notis henti kerja dan kompaun dikeluarkan pada 14 November tahun lalu. Permainan ini akan diminta menghentikan operasi.
Terdahulu, pembukaan gelongsor kaca itu kepada pengunjung mendapat perhatian dan tular selepas ramai pempengaruh membuat konten mempromosikan permainan berkenaan.
@eykien_loffawater slide mmg xde safety.. kejadian baru berlaku depan mata pelampung dr ats jatuh kene orang yg lalu lalang kt bwh.. if terkena pada budak atau terkena ramai org..how yaa😕♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya