February 14th, 2016

Pelakon yang terkenal menerusi siri Strawberi Dan Karipap, Zizan Nin mengakui sudah bercerai dengan isterinya Fazilah Hani Harun seorang pembaca berita di ntv7 sejak sebulan yang lalu kerana tiada lagi persefahaman.

Buat masa ini Zizan enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ingin menjaga hati beberapa pihak.

Saya belum bersedia untuk komen lebih lanjut. Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan berilah ruang untuk saya berdepan dengan semua ini.

Sebelum ini ada timbul gosip mengatakan rumah tangganya itu sedang bergolak tetapi Zizan tidak pernah mengesahkannya. Namun, Zizan menafikan beliau sengaja mengelak daripada pihak media.

Berbicara mengenai penceraian beliau, Zizan anggap ia satu perkara yang sudah berlalu dan redha dengan ketentuan takdir.

Saya bukan lari daripada media, cuma dalam kes ini saya tidak boleh komen lebih-lebih. Saya tidak mahu memanjangkan lagi cerita. Perkara sudah jadi. Saya redha dengan ketentuan Allah SWT. Siapalah kita ingin melawan takdir.

Zizan Nin dan Fazilah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2010. Mereka tidak mempunyai cahaya mata bersama.

Sumber Berita: Harian Metro


Comments are closed.

Loading...