Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pelakon Zalif Sidek Nafi Gosip Mengamuk Di Lapangan Terbang

Hujung minggu lepas, sebuah ruangan gosi ada melaporkan pelakon yang popular dengan filem Papa I Love You iaitu Zalif Sidek mengamuk di lapangan terbang setelah beg yang beliau hendak dibawa oleh beliau ke dalam pesawat telah melebihi had berat yang ditetapkan.

Advertisement

Malah, akhbar berkenaan turut melaporkan Zalif merasa berang dan menghempas begnya di kaunter.

Walaubagaimanapun, Zalif menafikan gosip berkenaan dan menganggap segala tuduhan tersebut adalah fitnah yang melampau.

Zalif juga percaya bahawa penulis ruangan itu menyerang beliau secara peribadi kerana turut mengheret kisah silamnya. Menurut Zalif, wartawan akhbar itu juga tidak menghubungi beliau untuk bertanyakan hal yang sebenar.

Advertisement

Saya terkejut apabila timbul gosip sebegini kerana wartawan itu tiada inisiatif mengesahkan cerita itu daripada mulut saya sendiri walhal saya boleh dihubungi bila-bila masa. Kalau ikutkan ada rakan yang menyarankan saya menyaman pihak terbabit namun jika boleh saya mahu menyelesaikannya secara baik.

Secara logiknya, mana mungkin seorang manusia waras, saya ingin membuat onar di tempat awam. Saya tidak meninggikan suara langsung inikan pula mengamuk. Hanya salah faham berlaku apabila staf di bahagian kaunter tersalah beg tetapi diselesaikan secara baik.

Zalif  turut merasa kecewa apabila penulis berkenaan melabelkan beliau sebagai artis “sendu” dan membuka segala aib tentang kisah percintaan beliau.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top