Aktres Nabila Huda mempunyai caranya tersendiri dengan pelakon baru meskipun mereka menunjukkan minat untuk berjaya dalam industri lakonan.
Kata anak penyanyi rock legenda itu, dia tidak akan menasihati mana-mana pelakon baru jika mereka tidak menunjukkan minat yang mendalam.
Pada pendapat Nabila atau mesra dipanggil Abil, adalah tidak wajar untuk dirinya memberi nasihat atau tunjuk ajar kepada pendatang baru yang hanya mahukan populariti semata-mata.
Saya dapat lihat ada beberapa pelakon baru sekarang ni mungkin menceburkan diri dalam bidang lakonan kerana kepentingan sendiri saja. Bukan betul-betul nak jadi pelakon.”
Tambahnya, dia bukanlah sesuka hati menuduh atau mahu menghakimi tetapi sebagai pelakon lama, dia boleh nampak perkara itu.
View this post on Instagram
Mereka nak dapatkan fame, lebih kepada nak jadi famous di televisyen, nak jadi terkenal miliki harta benda, nak disanjungi, dipuji tetapi bukan sebab passion.”
Ada sesetengah pelakon tidak begitu minat, tak perlulah saya beri nasihat. Mereka buatlah apa yang mereka suka, lantakkan lah mereka nak buat apa.”
Abil bagaimanapun berkata dia bersifat terbuka untuk memberikan nasihat dan tips kepada pelakon baru yang mahu mengasah bakat serta gaya lakonan.
Jelasnya, dia lebih meminati pendatang baru yang menghormati penggiat seni lebih berpengalaman dan menunjukkan minat untuk benar-benar mendalami bidang ini.