Pelakon Mirsad Hasan Kulasic kembali menjadi perhatian netizen selepas videonya tular menerusi salah satu akaun content creator foodie di TikTok.
Mirsad yang sebelum ini dikenali menerusi drama Diari Ramadan Rafique kini melangkah ke dunia perniagaan dengan mengusahakan sebuah restoran bertemakan makanan Balkan bersama bapanya.
“Assalamualaikum, selamat datang ke restoran makanan Balkan pertama di Malaysia”
“Nama saya Hasan, saya dan bapa mengusahakan restoran ini. Dahulunya saya seorang pelakon dan terkenal menerusi drama Diari Ramadan Rafique,” kongsinya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun KL Foodie, pelbagai hidangan makanan Balkan dipaparkan, antaranya Dalmatian Steak, Beef Juven dan beberapa menu lain yang mencuri perhatian serta membuatkan warganet terliur.
Perkongsian itu pantas menerima reaksi ramai, dengan rata-rata netizen mengakui terkejut melihat perkembangan terbaharu Mirsad yang kini bergelar usahawan.
Tidak kurang juga yang mengimbau nostalgia zaman menonton drama Diari Ramadan Rafique, yang pernah menjadi fenomena dan meninggalkan kenangan tersendiri dalam kalangan penonton suatu ketika dahulu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
