Sejak beberapa jam lalu, peminat industri hiburan tempatan dikejutkan dengan satu salinan laporan polis viral yang menyatakan seorang pelakon popular dan jelita ditahan kerana kes dadah. Pelbagai spekulasi timbul dan ramai yang tidak menyangka dia terlibat dengan kes tersebut.
Terbaru, portal Harian Metro mengesahkan berita berkenaan. Difahamkan, artis yang berusia 26 tahun itu terbabit dalam kemalangan jalan raya di Taman Tun Dr Ismail pada jam 11.45 pagi tadi sebelum anggota polis menemui enam ‘aluminium foil’ mengandungi 53 pil dadah eramin 5 di dalam beg tangan miliknya.
Pemeriksaan lanjut juga mendapati pelakon yang berasal dari Kelantan itu berada dalam keadaan khayal.
Pelakon yang juga kakak kepada dua pelakon wanita popular yang memandu Range Rover dikatakan melanggar kenderaan Honda BRV di jalan terbabit. Anggota polis ke lokasi kejadian kemudian membawanya ke balai polis itu untuk pemeriksaan lanjut.
Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pelakon wanita itu didapati negatif. Dia kini ditahan di balai polis itu untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan penahanan tersebut dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya.

jurgen klopp
May 7, 2018 at 10:11 am
muka cun tp amek dadah.
mujur la tak excident trok..klu tak dah hilang prospek jodoh abang
minahchi
May 7, 2018 at 9:32 am
minah K mmg baekkk
Wow artis
May 7, 2018 at 9:18 am
Mmg sah Uqasha…. ada gmbr dia yg x di blur kan
Tk
May 7, 2018 at 9:10 am
Pengajaran bagi tetis yg lain. Dunia glamor ni boleh bikin hidup ko over gaja. Bila over gaja dan tak pandai pilih kawan, pasti hanyut terjebak menda bukan bukan. dunia glamor ni bnyk pancaroba. Sayangkan diri dan Kesian la. mak bapak …,,,
fifi
May 7, 2018 at 9:05 am
Takyah nk sensor sgtla…kt online news dah keluar terang2 Uqasha. Pelik jgk statement x tele…ckp dlm keadaan khayal tp ujian saringan negatif. Hmnn…if x amik dadah mabuk ke ape? pelik polis skrg ni…