Terbaru, melalui laporan mStar, seorang pelakon wanita popular dipercayai telah culas membuat pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja syarikatnya.
Culas bayar KWSP pekerja
Tidak lagi mahu mendiamkan diri, salah seorang bekas pekerja yang berkhidmat di sebuah syarikat tudung dipercayai milik selebriti wanita tersebut mendedahkan dirinya sudah setahun tidak menerima bayaran KWSP.
Kata individu tersebut, syarikat terbabit hanya menabur janji palsu kepada semua pekerja kerana tiada bayaran caruman dilakukan oleh syarikat tudung itu.
Mereka juga janji untuk selesaikan pada November tahun lalu, tapi sehingga kini masih lagi belum ada bayaran yang dicarumkan.
Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Yati, biarpun dia diberhentikan tahun lalu, dia tetap mahu menuntut jawapan mengenai status bayaran KWSP daripada syarikat terbabit.
Lebih malang! Diberhentikan atas alasan syarikat banyak hutang
Rakan-rakan saya yang membuat laporan di beberapa cawangan KWSP lain sudah dapat jawapan tapi saya dan beberapa lagi yang membuat laporan di Ibu Pejabat Kwasa Damansara masih belum terima apa-apa.
Lebih menyakitkan hati, Yati berkata mereka diberhentikan sejak April lalu atas alasan syarikat berkenaan perlu menanggung hutang yang banyak.
Mereka juga sudah buat laporan di Jabatan Tenaga Kerja (JKT) yang memaklumkan mereka layak untuk memberhentikan pekerja.