Pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan hilang sejak 15 Januari lalu disahkan telah meninggalkan lapangan terbang di Jeddah, Arab Saudi.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Luar, Mohamad Hasan, berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Arab Saudi hasil pencarian yang dilakukan pelbagai pihak termasuk Konsular Malaysia di negara berkenaan.

“Beliau (Nadia) pergi ke Arab Saudi dengan syarikat pengendali umrah dan rekod menunjukkan Nadia telah keluar dari lapangan terbang Jeddah di Arab Saudi.”
“Laporan polis akan dibuat selepas 20 jam proses pencarian dilakukan mengikut prosedur operasi standard,” katanya pada sidang akhbar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan ibu kepada empat cahaya mata itu gagal dikesan selepas tidak muncul di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz bagi menaiki penerbangan sambungan ke London pada Khamis lalu.
Susulan kejadian itu, suami kepada pelakon berkenaan, Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, dilaporkan merayu agar kerajaan Malaysia menggerakkan usaha diplomatik bersama kerajaan Arab Saudi bagi mempercepatkan proses pencarian isterinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
