Memetik laporan Harian Metro, seorang pelakon wanita hadir ke Mahkamah Syariah pada 18 April lalu bagi tujuan menyelesaikan masalah rumah tangga dengan suaminya.
Aktres itu dilihat hadir berseorangan tanpa ditemani si suami yang juga pelakon popular itu.
Memetik sumber, mereka berasa terkejut dengan kehadiran aktres itu kerana beranggapan rumah tangga yang dibina sejak sekian lama dilihat bahagia dan baik-baik saja.
Malah, pasangan itu turut dikurniakan beberapa orang anak sepanjang perkahwinan mereka.
Apa yang boleh dikatakan, pasangan ini turut berdepan masalah rumah tangga seperti selebriti lain. Ia ujian buat mereka.
Malah artis ini hadir ke proses sulh sama dengan pasangan Syamsul dan Puteri Sarah pada 18 April lalu.
Pelakon ini difahamkan mencipta nama dalam dunia hiburan sejak zaman kanak-kanak dan bernikah dengan pasangannya pada 2013.