Pelakon Wanita Dan Suami Tipu Lelaki RM1.5 Juta Soal Jual Beli Tanah Di Selangor, Netizen Mula ‘Petik Nama’

Hiburan

Pelakon Wanita Dan Suami Tipu Lelaki RM1.5 Juta Soal Jual Beli Tanah Di Selangor, Netizen Mula ‘Petik Nama’

Seorang lelaki berusia 56 tahun mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM1.5 juta selepas dipercayai diperdaya seorang pelakon wanita dan suaminya dalam urusan penjualan tanah lot kurnia di Selangor yang sebenarnya tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seremban, Azahar Abdul Rahim, berkata laporan berhubung kejadian itu dibuat pada 7 Januari lalu, seperti dipetik Berita Harian.

Advertisement

Azar azmi

“Pelakon itu bersama suami adalah suspek dalam satu kes yang disiasat berkenaan urusan penjualan tanah kurniaan Negeri Selangor yang tidak wujud membabitkan kerugian RM1.5 juta,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, siasatan masih dijalankan dan beberapa tindakan awal sudah diambil memandangkan kedua-dua suspek dipercayai tidak berada di Semenanjung Malaysia.

“Maklumat yang diperoleh setakat ini mendapati kedua-dua suspek berada di Sarawak. Mereka sudah didaftarkan sebagai orang dikehendaki dan senarai pemantauan khas (SPK) Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan kesan dan tangkap,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang usahawan produk kecantikan tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pelakon wanita terbabit bersama suaminya dengan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Pelakon Wanita Lama Menghilang Didakwa Jadi Scamm*r, Tipu Wang Orang Ramai Sehingga Jutaan Ringgit – “Laki Bini Sama Perangai”

Pendedahan itu dibuat menerusi hantaran di Threads oleh individu menggunakan nama akaun kakbeyna_official, yang mendakwa mengalami kerugian RM300,000 serta memaklumkan terdapat mangsa lain mengalami kerugian lebih besar sehingga jutaan ringgit.

Susulan pendedahan berkenaan, netizen mula mengaitkan beberapa nama pelakon wanita yang dilihat sudah lama menyepi daripada industri seni. Difahamkan, beberapa laporan polis telah dibuat dan mangsa turut berkongsi tangkap layar mesej daripada individu lain serta paparan MyKad pelakon wanita itu dan lelaki yang didakwa sebagai suaminya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-28 09:00:58

Pelakon Wanita Lama Menghilang Didakwa Jadi Scamm*r, Tipu Wang Orang Ramai Sehingga Jutaan Ringgit - "Laki Bini Sama Perangai"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...