Pelakon veteran, Chew Kin Wah akui faktor usianya menjadi salah satu punca dia kurang menerima tawaran berlakon seperti sebelum ini.
Menurut Astro Gempak, dia menganggap ia sebagai satu perkara yang biasa kerana sudah pasti tawaran berlakon dalam filem dan drama berbahasa Melayu lebih terhad.
Kalau tak fasal saya berusia pun memang tak banyak tawaran berlakon sebelum ni. Inikan sekarang saya sudah tua, lagi lah tak banyak.
Pelakon veteran Melayu pun sudah tak banyak dapat tawaran apatah lagi saya yang berbangsa Cina ni.
Dia memberitahu dia sentiasa bersikap positif dengan situasi yang dilaluinya dan menganggap sudah tiba masanya dia lebih banyak berehat.
Umur saya dah 60 tahun, usia orang bersara. Bila tiada kerja, saya biasanya duduk di rumah sahaja bersama keluarga.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.