Baru-baru ini, pihak mahkamah telah pun mengeluarkan perintah untuk seorang pelakon lelaki televisyen menjalani tahanan reman 14 hari susulan merogol seorang wanita.
Didakwa merogol seorang wanita
Seorang pelakon lelaki Bollywood yang bernama Ashish Kapoor didakwa merogol seorang wanita di sebuah parti di Dehli, India bulan lalu.
Susulan siasatan masih berada di peringkat awal, pegawai penyiasatan memohon reman kehakiman selama 14 hari dan tempoh itu diperlukan agar siasatan berjalan dengan lancar serta elak bukti diganggu.
Cuba larikan diri, serangan seksual dalam bilik air
Sebelum ini, Kapoor difahamkan cuba melarikan diri ke Goa, namun berjaya ditahan oleh pihak polis hasil operasi bersepadu beberapa pasukan.
Laporan polis dibuat sendiri oleh wanita yang dirogol, di mana dia menuduh Kapoor melakukan serangan seksual ketika dia berada di dalam bilik air, malah wanita itu mendakwa dirinya juga dipukul oleh isteri penganjur parti.