Pelakon Tom Hanks Dan Isteri Disahkan Positif Coronavirus Ketika Di Set Penggambaran Filem

COVID-19

Pelakon Tom Hanks Dan Isteri Disahkan Positif Coronavirus Ketika Di Set Penggambaran Filem

Pelakon yang terkenal dalam karya Forrest Gump dan Saving Private Ryan iaitu Tom Hanks kini disahkan positif wabak coronavirus. Beliau dan isterinya, Rita Wilson kini sedang berada di Australia bagi menjalani penggambaran filem di bawah pengarahan Baz Luhrmann.

Beliau dan isteri sebelum ini memberitahu berasa penat dan mengalami sakit-sakit badan seperti mahu demam. Mereka kemudian bergegas menjalani ujian pemeriksaan kesihatan dan keputusan daripada itu ternyata positif wabak tersebut.

Advertisement

Menurut laporan, pada Khamis lalu krew dan pelakon yang sedang menjalani penggambaran filem di Australia itu menerima arahan untuk menjauhkan diri dari lokasi penggambaran. Semuanya selepas salah seorang dari krew didapati positif wabak tersebut.

Sebelum ini, Tom Hanks dan isterinya berkongsikan gambar mereka menjelajah di sekitar Australia antaranya beberapa lokasi di Brisbane dan Sydney. Malah, Rita Wilson juga ada membuat persembahan di Sydney Opera House pada hujung minggu lalu.

Buat masa ini, pihak produksi sedang mengenalpasti beberapa kontak rapat yang dipercayai turut terkesan seperti krew di bahagian wardrobe dan makeup yang bertanggungjawab mengendalikan para pelakon. Berita mengenai Tom Hanks dan isteri yang telah dijangkiti wabak coronavirus kini trending di laman Twitter.

Artikel berkaitan: Khabar Angin Minum Alkohol Boleh Elakkan Jangkitan COVID-19 Telah Mengorbankan 44 Rakyat Iran Akibat Keracunan

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...