“Pelakon Sekarang Banyak Dah Kahwin, Tak Mahu Buat Adegan Mesra..” A. Aida Kini Beri Peluang Hero Remaja Berlakon Drama

Hiburan

“Pelakon Sekarang Banyak Dah Kahwin, Tak Mahu Buat Adegan Mesra..” A. Aida Kini Beri Peluang Hero Remaja Berlakon Drama

Mempunyai pakej lengkap iaitu wajah yang kacak, penerbit A.Aida Production, Datuk A.Aida berkata dia kini ingin memberi peluang kepada beberapa bintang kelahiran program Hero Remaja 2017 dan 2020 untuk berlakon dalam drama terbarunya berjudul Ustazah Biker yang kini sedang dalam penggambaran.

A.Aida

Advertisement

Menurut A. Aida lagi, antara muka baru yang hadir dalam sesi ujibakat pemilihan drama terbarunya itu ialah Juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin yang telah terpilih untuk mendukung watak utama sebagai Danny.

Selain itu, finalis Hero Remaja 2020 isitu Azim Yusof, Haziq Nazimuddin dan Umar Hisham turut membintangi projek terbaru arahan Lizam Togil itu.

View this post on Instagram

A post shared by ????????? (@haziqnz)

Meskipun masih ‘hijau’ dalam industri lakonan, A. Aida menjelaskan bahawa dia ingin memberi mereka peluang untuk pergi lebih jauh dalam industri hiburan tanah air.

Tambah penerbit terkenal itu lagi, industri seni negara terutamanya bidang lakonan memerlukan pelapis muda yang baru kerana kebanyakan pelakon terkenal yang sinonim dengan watak utama sesebuah drama sudah pun berkahwin dan mempunyai prinsip tersendiri.

View this post on Instagram

A post shared by Zimm (@azimyusof_)

“Industri seni perlukan bakat baru yang lebih muda untuk menghiasi kaca TV. Ditambah, kalau dilihat kebanyak stesen televisyen menggunakan wajah pelakon sama. Malah rata-rata pelakon utama yang ada sekarang sudah berkahwin dan mempunyai pendirian tertentu seperti tidak mahu melakukan adegan yang patut dilakukan dalam drama.”

Sekadar info, drama Ustazah Biker turut menampilkan pelakon lain seperti Chacha Maembong, Watie Sadali dan Rosnah Johari yang bakal menemui penonton tidak lama lagi meneruis saluran Salam HD, Astro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.Com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...