Sebelum ini pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah mula menggerakkan kempen pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja 12 hingga 17 tahun. Disebabkan itu, pelakon remaja Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel Shamsaini, 16 tahun membuat keputusan untuk menjadi yang terawal.
Coki menyatakan dia memutuskan untuk mengambil vaksin memandangkan dia memerlukannya untuk terus bergerak dalam industri seni.
Memang ada tawaran berlakon untuk saya. Insya-Allah selepas ini saya akan keluarkan album pula. Jadi saya sangat perlukan vaksin untuk memudahkan bekerja. Lagipun tiada masalah untuk kita ambil vaksin. Apabila kerajaan umumkan warga negara berusia 17 ke bawah boleh ambil vaksin, saya terus ambil peluang cuba untuk jadi orang terawal.
Coki yang segera mendaftar vaksin melalui aplikasi MySejahtera rasa bersyukur kerana telah dipanggil seminggu kemudian. Dia menerima suntikan dos pertama itu di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah.
Saya akan sibuk dengan jadual yang sudah disusun oleh pengurusan saya di bawah label DJ Fuzz. Saya sudah ada lima lagu berkonsep hip hop iaitu sebuah lagu solo, duet dengan W.A.R.I.S, Floor 88 dan sebuah lagu produk. – Katanya kepada Harian Metro.
View this post on Instagram
Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) sebelum ini turut mensasarkan 60 peratus remaja seluruh Malaysia mendapatkan suntikan pada November. 80 peratus dari jumlah itu pula dijangka akan menerima suntikan kedua vaksin sebelum sesi persekolahan 2022.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.