Pelakon Noorkhiriah Disindir Buat Ulasan Produk Kerana Sudah ‘Sendu’

Hiburan

Pelakon Noorkhiriah Disindir Buat Ulasan Produk Kerana Sudah ‘Sendu’

Lama tidak muncul di kaca TV sejak membintangi drama Nur, pelakon Noorkhiriah yang aktif membuat ulasan produk di akaun Instagram disindir sudah semakin ‘sendu’.

Advertisement

Percaya rezeki itu ada dimana-mana, beliau bagaimanapun tidak kisah dengan pandangan negatif orang ramai terhadapnya. Apa salahnya memanfaatkan peluang yang ada?

Saya percaya apa yang dibuat pasti memberi perspektif baik atau buruk kepada orang yang melihatnya. Mungkin ada yang menganggap saya seperti meraih simpati apabila tiada tawaran berlakon hingga sanggup buat ulasan produk atau perkhidmatan di Instagram. Tak kisahlah apa orang nak cakap, saya hanya cuba memanfaatkan ruang dan peluang yang ada sebaik mungkin.

Saya hanya menghebahkan sesuatu barangan atau servis dengan kelebihan yang ada. Selebihnya, saya percaya rezeki sudah tertulis untuk kita semua.

Syarikat produk atau perkhidmatan memberitahu mereka mendapat perhatian yang lebih hasil perkongsian saya. Itu sudah membuatkan saya bersyukur. Setidak-tidaknya, perniagaan mereka maju dan ada rezeki dikongsi.

Bukan tidak menerima sebarang tawaran lakonan tetapi Noorkhiriah memilih untuk menolaknya. Buat masa ini beliau sedang menunggu penggambaran drama Nur 2 yang bakal bermula tidak lama lagi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...