Tentu ada yang masih ingat betapa ramainya lelaki muda ingin melamar Rita Rudaini selepas beliau memberikan kenyataan tidak kisah berjodohan dengan lelaki lebih muda asalkan mereka bertanggungjawab dan bersikap matang.
Baru-baru ini, timbul pula gosip mengatakan Rita sedang mesra dan menjalinkan hubungan percintaan dengan aktor muda, Aidit Noh.
Mengakui selesa berkawan dengan Rita dan menyifatkan pelakon wanita itu seorang yang riang dan mudah didekati, Aidit bagaimanapun menafikan dakwaan mereka sedang bercinta. Aidit hanya menganggap Rita sebagai seorang kakak dan rakan artis.
Baru-baru ini kami terbabit dalam produksi drama Congirl terbitan Zeel Production. Kak Rita merupakan bintang utama siri tersebut, sementara saya cuma terbabit menerusi beberapa episod. Sewaktu menjalani penggambaran di Budapest, Hungary baru-baru ini, barulah ada beberapa babak yang mempertemukan kami berdua. Walaupun pertama kali digandingkan, kami cukup serasi
Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Kak Rita saya anggap sebagai seorang kakak dan rakan artis yang banyak membatu di set penggambaran drama tersebut.
Serasi dan mesra bersama tidak bermakna mereka berdua ini sedang bercinta. Lagipun, Rita juga memberitahu beliau masih belum bersedia untuk membuka pintu hatinya untuk menjalinkan sebarang hubungan percintaan buat masa ini.