Pelakon Mimi Lana Nafi Hisap Dadah : Jadi Mangsa Orang Lain

Hiburan

Pelakon Mimi Lana Nafi Hisap Dadah : Jadi Mangsa Orang Lain

Bulan September lepas kecoh industri hiburan tempatan apabila pelakon baharu Mimi Lana dan dua orang lagi teman beliau ditahan oleh pihak polis selepas didakwa memiliki ganja seberat 2.19 gram hasil geledah di ruang tamu kediaman mereka dalam satu serbuan pada jam 11 malam.

Advertisement

Walaubagaimanapun, hasil siasatan mendapati bahan terlarang itu bukan milik  Mimi  dan beliau dibebaskan selepas direman 11 hari.

Sebenarnya Mimi berada di tempat dan waktu yang salah pada hari kejadian, menurut Mimi pada malam itu beliau yang menyewa di rumah berkenaan sedang berehat  selepas pulang daripada penggambaran drama Cinta Samar di Pulau Pinang.

Saya tidak tahu apa-apa kerana baru pulang dari menjalani penggambaran di Pulau Pinang, disebabkan terlalu penat, saya sedang tidur ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 11 malam. Saya terpinga-pinga, namun membiarkan pihak polis menjalankan tugas mereka.

Saya tidak terfikir sesuatu yang buruk, malah menyangka mungkin ada yang membuat laporan kami bising, biasalah tinggal rumah bujang. Tetapi apabila polis menggeledah setiap inci rumah saya mula rasa tidak sedap hati.

Apabila polis menemui bahan yang disyaki dadah didalam bilik dan ruang tamu, kami terperangkap. Kami seterusnya dibawa ke balai polis dan ditahan reman bagi membantu siasatan kerana ini kes berat.

Menurut  Mimi , dirinya terkesan dengan apa yang terjadi dan sebenarnya beliau  menjadi mangsa kepada suspek yang juga penyewa rumah berkenaan  yang kini masih ditahan pihak polis.

Saya direman 11 hari kerana kes ini besar. Apabila berita penahanan saya menjadi viral, terutama di laman maya, ia memberi impak besar kepada kerjaya. Ada maklumat yang disebarkan tidak benar. Saya kecewa apabila dianggap seperti penjenayah, sedangkan saya ditahan bagi membantu siasatan.

Saya bukan pengedar dadah! Ketika direman, saya menangis siang malam memikirkan kerjaya lakonan yang baru bermula mungkin hancur berkecai. Masa depan saya gelap. Saya bertambah sedih apabila ibu bapa di kampung yang terpaksa menanggung malu besar.

Kerana orang lain tak pasal-pasal Mimi Lana pula dituduh sebagai penagih dadah. Erm, zaman sekarang ini memang tidak boleh percaya orang 100% dan tidak boleh menilai mereka daripada luaran sahaja, kadang-kadang mereka sebenarnya tidak seperti yang kita sangkakan.

Sumber Berita: Berita Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...