Pelakon Taiwan, Barbie Hsu, meninggal dunia akibat pneumonia selepas diserang influenza semasa meraikan Tahun Baru Cina di Jepun.
Berita sedih ini dikongsi oleh adik perempuannya, pengacara Dee Hsu, yang menyifatkan pemergian Barbie sebagai kehilangan besar buat keluarga mereka.
Terima kasih atas keprihatinan semua. Ketika sambutan Tahun Baru Cina, kami sekeluarga bercuti di Jepun dan kakak saya diserang influenza mengakibatkan menghidap radang paru-paru.
Dia pergi meninggalkan kami namun saya bersyukur selama ini kami saling menjaga satu sama lain, saya sangat berterima kasih kepadanya dan akan sentiasa mengingatinya.
Kehilangan bintang yang terkenal di seluruh Asia itu turut dirasai oleh peminat yang terkejut dengan berita tersebut.
Barbie, yang juga dikenali dengan nama sebenarnya, Barbara Hsu, berusia 48 tahun, memulakan kerjaya seni sebagai pasangan pop duo bersama Dee sebelum muncul sebagai hos program televisyen.
@nonik_go
Namun, popularitinya melonjak melalui drama bersiri Meteor Garden pada tahun 2001 di mana dia memegang watak Dong Shancai.
Barbie meninggalkan suami, penyanyi Korea DJ Koo Jun Yup, serta seorang anak perempuan berusia 10 tahun.
Selain itu, mendiang juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinannya sebelum ini dengan usahawan China, Wang Xiaofei.
Sebelum ini, Barbie dilaporkan pernah mengalami masalah epilepsi dan jantung, yang menyebabkan dia dimasukkan ke hospital.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.