Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khalwat Oleh JAIS

Hiburan

Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khalwat Oleh JAIS

Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis.

tangkap khalwat

Advertisement

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pukul 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah JAIS Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan JAIS berdasarkan maklumat awam.

Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia dan seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.

Daripada pembayang yang diberikan, hanya satu nama yang bermain di minda Abang Nara. Rasanya korang pun tahu sapa kot. Sama-sama kita nantikan identiti pelakon lelaki ini. Info asal BERNAMA.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...