Tular di media sosial semalam apabila seorang lelaki telah bertindak menyebarkan video teman wanitanya yang didakwa curang dengan seorang pelakon lelaki di sebuah kelab malam.
Dalam video tersebut yang kemudiannya dipadam setelah ia viral, lelaki itu membuat kenyataan bahawa teman wanitanya sedang ‘berasmara’ dengan pelakon lelaki itu di atas meja ‘night club’ tersebut.
Dalam video itu, wanita itu kelihatan seperti memeluk dan bercium dengan aktor berkenaan.
Kata individu itu lagi, pelakon tersebut turut meminta agar video tersebut dipadam kerana ingin menjaga nama baiknya sebagai artis.
Pada awalnya, individu itu enggan memadam video berkenaan namun ia hilang setelah tular di Twitter.
Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil membuat spekulasi mengenai pelakon berkenaan yang didakwa seiras dengan Aedy Ashraf.
Malah, ada netizen tampil memuat naik foto Aedy di kelab malam dan berpakaian sama seperti lelaki berpelukan dengan wanita itu di dalam video.
Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan oleh Aedy mengenai dakwaan netizen itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.