Pelakon Lelaki Dah Kahwin Didakwa Ajak Gadis Bawah Umur Ke Hotel – “Dipaksa Bercium, Nak Bayar Sebab Rasa Bersalah”

Hiburan

Pelakon Lelaki Dah Kahwin Didakwa Ajak Gadis Bawah Umur Ke Hotel – “Dipaksa Bercium, Nak Bayar Sebab Rasa Bersalah”

Seorang pengguna TikTok berkongsi kisah mengejutkan yang diterima daripada individu rahsia tentang pengalaman dirinya bersama seorang pelakon lelaki popular Malaysia pada Mac lalu.

Pertemuan di Singapura

Menurut perkongsiannya, ‘Bunga’ dan rakannya bertemu pelakon itu di satu bazar di Singapura, di mana lelaki tersebut hadir untuk mempromosikan produknya.

Advertisement

Semasa acara, pelakon itu dikatakan menghampiri ‘Bunga’ dengan minat yang jelas dan seolah-olah mahu mereka mengikutinya. Mereka kemudian sampai ke lokasi lain, menikmati makanan dan minuman. Ketika ‘Bunga’ dan rakannya keluar sebentar untuk merokok, pelakon itu dikatakan meminta nombor telefon mereka dan menjemput mereka ke hotel pada malam yang sama.

Terdesak ingin berjumpa

Pada jam 11 malam, pelakon tersebut berulang kali menghubungi ‘Bunga’, menunjukkan sikap terdesak untuk mereka hadir, malah menempah kereta untuk menghantar mereka ke hotel. Walaupun pada awalnya gadis itu dan rakannya rasa skeptikal, mereka akhirnya mengikutinya.

Dalam hotel, pelakon itu dikatakan memaksa mereka minum alkohol dan melakukan perbuatan tidak wajar. ‘Bunga’ cuba melarikan diri, tetapi menyaksikan rakannya menjadi mangsa tindakan pelakon itu.

pelakon lelaki serangan seksual di singapura

Mahu dibayar dek rasa bersalah

Kisah ini berterusan hingga mereka cuba membersihkan diri di tandas, namun pelakon itu dikatakan cuba merakam mereka. Pada pagi berikutnya, dia cuba menebus perbuatannya dengan ajakan bersahur dan tawaran wang, tetapi kedua-dua gadis menolak.

Mereka kemudian meneliti identiti pelakon tersebut dan mendapati lelaki itu sebenarnya sudah berkahwin.

Setakat ini, masih ramai lagi yang tertanya-tanya mengenai identiti sebenar pelakon ini. Korang rasa siapa?

nashkay bekas suami
2025-08-24 11:23:25

"Kami Tak Tinggal Serumah" - Netizen Persoal Status Hubungan Nashkay & Bekas Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...