Pelakon Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 12 Tahun, Ditahan Seludup ‘Ubat Keras’ Dari KL Ke Indonesia

Hiburan

Pelakon Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 12 Tahun, Ditahan Seludup ‘Ubat Keras’ Dari KL Ke Indonesia

Pelakon dari negara seberang bakal berdepan hukuman penjara 12 tahun jika disabit bersalah atas dakwaan penyeludupan rokok elektronik atau vape yang mengandungi dadah jenis etomidate atau ubat keras dari Kuala Lumpur ke Indonesia.

Menurut laporan, Jonathan Frizzy melakukan kesalahan itu dilakukan sekitar Mac lalu di mana dia disebut menjadi salah seorang yang terlibat dalam jenayah tersebut.

Advertisement

Ketua Polis Lapangan Terbang Soekarna Hatta berkata, pelakon berusia 43 tahun itu disyaki terlibat berdasarkan kandungan perbualan di Whatsapp group.

Jonathan Frizzy seludup vape dari KL ke Indonesia

Dia dan tiga lagi individu didapati berbincang mengenai proses membawa masuk bahan berkenaan dari Malaysia, justeru polis mengesahkan pelakon itu mempunyai peranan menjadi pengawal ketika pemeriksaan cukai dijalankan.

Kumpulan tersebut berbincang tentang cara bawa masuk barang itu ke Jakarta. Tiket penerbangan juga sudah siap dari Jakarta ke Malaysia.

Jonathan telah ditahan pihak berkuasa pada 4 Mei lalu di Jakarta Selatan dan kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis.

Selain hukuman penjara, pelakon ini juga boleh dikenakan denda sebanyak kira-kira RM1.2juta.

penjualan rokok dan vape diharamkan secara terbuka
2 months ago

Kerajaan Haramkan Penjualan Rokok & Vape Secara Terbuka Bermula 1 April

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...