Pelakon Lelaki Berdepan Hukuman Mati, Ditangkap Jual Dadah Kali Ke-4

Hiburan

Pelakon Lelaki Berdepan Hukuman Mati, Ditangkap Jual Dadah Kali Ke-4

Bintang sinetron Indonesia, Ammar Zoni, sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas dilaporkan ditangkap buat kali keempat kerana kes dadah, kali ini ketika sedang menjalani hukuman di dalam penjara.

Pelakon berusia 32 tahun itu kini berada dalam tahanan di Rumah Tahanan (Rutan) Salemba, Jakarta Pusat, selepas sebelum ini ditangkap tiga kali atas kesalahan sama pada tahun 2017, 2023 dan 2024.

Advertisement

Ammar Zoni

Menurut laporan CNN, pihak Rutan Salemba mengesahkan bahawa Ammar ditahan bersama beberapa banduan lain selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan dadah di dalam penjara.

“Kami sudah memperoleh bahan bukti terhadap rangkaian penjualan dadah yang dilakukan dalam penjara,” menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa.

Siasatan awal mendapati Ammar dan beberapa banduan lain mendapatkan bekalan dadah jenis sabu dan ganja daripada individu di luar penjara, sebelum menjualnya secara terancang kepada penghuni lain.

Ammar Zoni

Tindakan itu menyebabkan Ammar kini berdepan dakwaan baharu dan terpaksa melupakan harapan untuk dibebaskan pada Disember 2025, seperti dijadualkan sebelum ini.

Kes terbaharu ini menjadikan Ammar rasmi ditangkap buat kali keempat kerana kes dadah, namun buat pertama kali melibatkan urusan jual beli dari dalam penjara.

Dengan perkembangan terkini itu, pelakon tersebut dilaporkan bakal berdepan hukuman lebih berat, termasuk kemungkinan penjara seumur hidup sekiranya disabitkan kesalahan di bawah undang-undang narkotik Indonesia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Asyraf Khalid dilantik
2025-10-10 13:29:46

Asyraf Khalid Dilantik Sebagai Pengarah Madani Research Centre - " Anak Muda Bukan Kurang Bakat, Tapi.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...