“Pelakon Lama Jangan Berlagak Dan Rasa Awak Sentiasa Betul..” – Mimi Lana

Hiburan

“Pelakon Lama Jangan Berlagak Dan Rasa Awak Sentiasa Betul..” – Mimi Lana

Pelakon berbakat, Mimi Lana tampil memberi sedikit pendapat mengenai isu sesetengah pelakon baru yang didakwa tidak profesional dan sombong ketika berada di set penggambaran dan enggan bergaul dengan pelakon senior.

View this post on Instagram

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Advertisement

Ujar Mimi, isu disiplin dan etika ketika bekerja di set tidak seharusnya ditujukan kepada pelakon baharu sahaja.

Menerusi beberapa untaian twit di laman media sosial Twitter miliknya, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin ini berkata bahawa pelakon tidak kiralah yang baru ataupun senior adalah sama sahaja dan setiap orang haruslah menjaga perangai dan menjadi contoh yang baik ketika bekerja.

“Pelakon barharu atau lama, kedua-duanya sama sahaja. Setiap orang kena jaga perangai dan jadi contoh yang baik ketika di set penggambaran..saya telah bekerja dengan ramai pelakon baharu serta lama, tidak logik rasanya jika hendak hentam mereka yang baharu sahaja..”

Tambah Mimi lagi, bergelar pelakon senior bukanlah ‘tiket’ untuk mereka tampil lewat di set penggambaran serta bersikap sombong dan merasakan diri sentiasa betul.

View this post on Instagram

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Terdahulu, beberapa pelakon dan pengarah senior seperti Rusdi Ramli dan Isma Yusoof telah tampil memberi kritikan mengenai sikap pendatang baru dalam industri lakonan tempatan yang didakwa sombong dan mempunyai masalah disiplin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...