Pelakon Kamal Bakar Sedang Nazak, Doktor Minta Keluarga Bersedia Dengan Sebarang Kemungkinan

Hiburan

Pelakon Kamal Bakar Sedang Nazak, Doktor Minta Keluarga Bersedia Dengan Sebarang Kemungkinan

Pelakon veteran, Kamal Bakar, 62 dilaporkan berada dalam keadaan nazak selepas ditidurkan akibat komplikasi.

Sebelum ini, media melaporkan Kamal terpaksa ditidurkan selepas tahap oksigen menurun akibat komplikasi kanser paru-paru dihidapinya.

Advertisement

Azlee masuk hospital
6 months ago

"Empat Hari Pun Dah Cecah RM40K.." - Bil Hospital Tinggi, Azlee Senario Minta Dikeluarkan Awal

 

Jantung tak dapat tahan lama

Anaknya, pelakon Muhammad Hanis Kamaruldzman memberitahu denyutan jantung bapanya sudah tidak mampu bertahan lama dan keluarga sudah diminta bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Tambah pelakon berusia 35 tahun itu lagi, kanser dan strok yang dihidapi bapanya sudah semakin teruk sejak dimasukkan ke hospital pada awal Jun yang lalu.

Ayah tengah nazak sekarang. Kanser dan strok dihidapinya semakin teruk. Kuman pun dah merebak. Doktor memaklumkan bila-bila masa sahaja denyutan jantungnya boleh berhenti.

kamal bakar kanser

 

Ditidurkan, tahap oksigen rendah

Pada 3 Jun yang lalu Kamal dikejarkan ke Hospital Melaka selepas keluarga berasa bimbang dengan perubahan sikapnya yang enggan bercakap dengan sesiapa namun tiada menunjukkan keadaan seperti sedang sakit.

Aktor itu kemudian dimasukkan ke ICU hospital itu dan ditidurkan akibat komplikasi kanser dan tahap oksigen yang rendah.

Kamal disahkan menghidap kanser sejak April lalu.

anak kamal bakar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...