Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pelakon Jangan Mengeluh Skrip Tak Bagus, Ubah Cara Berlakon- Shukri Yahaya

Sebut sahaja nama Shukri Yahaya pastinya ramai yang meminati beliau bukan? Shukri boleh dikatakan sebagai aktor yang versatil dan mempunyai karismanya tersendiri. Namun, Shukri masih belum lagi mendapat watak yang betul-betul mencabar dan menyerlahkan lagi bakatnya, beliau kerap melakonkan watak utama dalam drama Melayu yang mempunyai jalan cerita yang hampir sama.

Advertisement

Namun, sebagai seorang pelakon beliau tidak pernah mengeluh apabila mendapat tawaran skrip dengan jalan cerita yang sama. Apa yang penting adalah permintaan penonton dan beliau akan mencuba untuk membuat yang terbaik.

Saya tahu ada pelakon yang kata skrip tak bagus. Tapi bagi saya, kita sebagai pelakon kena olah penampilan jadi cantik bila di televisyen. Bukan bergantung kepada skrip 100 peratus. Kita tak boleh mengeluh kata skrip yang sama sahaja.  Memang kalau ikutkan kebanyakkan drama jalan cerita yang sama. Penonton yang nak. Kita ikut sahaja. Tak boleh pentingkan diri dan tak boleh perasan sendiri.

Buat Shukri, walaupun watak yang diterima itu sama, pelakon sebenarnya boleh sahaja mengolahnya untuk menjadi lebih baik dan menampilkan kelainan agar penonton tidak rasa bosan.

Drama dah semakin banyak. Kita tak boleh memilih juga sebab sekarang ini pelakon pun dah ramai. Walaupun skrip yang sama, apa yang berbezanya adalah pelakon dan cara dia membawa watak tersebut. Itu yang kita kena buat supaya penonton nampak kelainan pada watak itu.

Terdahulu, pelakon Aiman Hakim Ridza ada meluahkan kekecewaan dan terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana skrip yang dihasilkan tidak berkualiti serta mempunyai jalan cerita yang hampir sama iaitu berkisahkan cinta. Malah, Aiman ada mengeluarkan kenyataan agak panas dimana beliau melabelkan skrip drama sekarang seperti ‘sampah’.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 Comments

  1. Makcik drama sangat

    July 16, 2018 at 7:50 am

    Betul apa kata SY ni. Skrg ni persaingan bnyk beb. Ramai pelakon2 berbakat di pasaran.ko nak memilih akibatnya ko gigit kuku jer lah kat rumah. Setiap pelakon tu ada cara mereka berinteraksi ngan audiences; and aku rasa SY ni salah seorg pelakon yg berbakat. Dia boleh expresi kan feeling dia ngan mimik muka. Dan pelakon yg bagus boleh melakonkan apa saja watak yg diberi. Pelakon yg kaku bagilah apa saja watak…ttp kaku dan x menghidupkan watak tersebut. I totally agreed with you SY.

  2. Makcik drama sangat

    July 16, 2018 at 7:50 am

    Betul apa kata SY ni. Skrg ni persaingan bnyk beb. Ramai pelakon2 berbakat di pasaran.ko nak memilih akibatnya ko gigit kuku jer lah kat rumah. Setiap pelakon tu ada cara mereka berinteraksi ngan audiences; and aku rasa SY ni salah seorg pelakon yg berbakat. Dia boleh expresi kan feeling dia ngan mimik muka. Dan pelakon yg bagus boleh melakonkan apa saja watak yg diberi. Pelakon yg kaku bagilah apa saja watak…ttp katu dan x menghidupkan watak tersebut. I totally agreed with you SY.

  3. cici_pipit

    July 14, 2018 at 2:04 am

    Andainya takdir part 1 n 2…best gak ler..

  4. Torang

    July 13, 2018 at 10:08 pm

    Kalau skrip asyik kahwin paksa pastu jatuh cinta, anak tan sri / datuk.. berapa jauh boleh pegi…

  5. Aku

    July 13, 2018 at 5:05 pm

    Antara pelakon lelaki yang bagus lakonannya selain Izzue, Zaharil, Beto dan Shafiq Kyle.

Loading...
To Top