Written by Bella | July 13th, 2018

Sebut sahaja nama Shukri Yahaya pastinya ramai yang meminati beliau bukan? Shukri boleh dikatakan sebagai aktor yang versatil dan mempunyai karismanya tersendiri. Namun, Shukri masih belum lagi mendapat watak yang betul-betul mencabar dan menyerlahkan lagi bakatnya, beliau kerap melakonkan watak utama dalam drama Melayu yang mempunyai jalan cerita yang hampir sama.

Namun, sebagai seorang pelakon beliau tidak pernah mengeluh apabila mendapat tawaran skrip dengan jalan cerita yang sama. Apa yang penting adalah permintaan penonton dan beliau akan mencuba untuk membuat yang terbaik.

Saya tahu ada pelakon yang kata skrip tak bagus. Tapi bagi saya, kita sebagai pelakon kena olah penampilan jadi cantik bila di televisyen. Bukan bergantung kepada skrip 100 peratus. Kita tak boleh mengeluh kata skrip yang sama sahaja.  Memang kalau ikutkan kebanyakkan drama jalan cerita yang sama. Penonton yang nak. Kita ikut sahaja. Tak boleh pentingkan diri dan tak boleh perasan sendiri.

Buat Shukri, walaupun watak yang diterima itu sama, pelakon sebenarnya boleh sahaja mengolahnya untuk menjadi lebih baik dan menampilkan kelainan agar penonton tidak rasa bosan.

Drama dah semakin banyak. Kita tak boleh memilih juga sebab sekarang ini pelakon pun dah ramai. Walaupun skrip yang sama, apa yang berbezanya adalah pelakon dan cara dia membawa watak tersebut. Itu yang kita kena buat supaya penonton nampak kelainan pada watak itu.

Terdahulu, pelakon Aiman Hakim Ridza ada meluahkan kekecewaan dan terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana skrip yang dihasilkan tidak berkualiti serta mempunyai jalan cerita yang hampir sama iaitu berkisahkan cinta. Malah, Aiman ada mengeluarkan kenyataan agak panas dimana beliau melabelkan skrip drama sekarang seperti ‘sampah’.

Sumber Berita : mStar Online

14 responses to Pelakon Jangan Mengeluh Skrip Tak Bagus, Ubah Cara Berlakon- Shukri Yahaya

  1. Anonymous says:

    Smpai skrg..akupun tak bukk citer Melayu…dri negara china..negara india .

    0

    5
  2. Bob Barli says:

    Tu la beza antara mencari rezeki dengan self development. So far SY berlakon ok. Tp kalau nak mencabar diri sendiri n buktikan kt industri yg you versatile, you should challenge yourself and be choosy sometimes to improve your acting quality. Have to agree with AHR, memang ada few skrip drama melayu skrg macam sampah. Tak semua. Penonton terpaksa tengok sebab pilihan apa lg yg kami ada? Tak semua orang afford nak pasang Astro (even drama Astro pon ada yang mengarut).

    8

    1
  3. na says:

    SH adalah pelakon yang perlu diberi perhatian kerana bakat yang hebat. teruskan berkarya dan survive dlm industri. we luv u…

    5

    0
  4. Anonymous says:

    Couldn’t agree more with SY. Kadang terpulang pada kreativiti pelakon mcmmana nk deliver lakonan masing2 if they claimed script yg sama je dpt.

    3

    0
  5. Anonymous says:

    tapi bila fikirkan ada betulnya kata2 aiman… pelakon yang dah btul2 bagus pun, tp kalau skrip nan hado…erm..
    tengok la drama Nur, jalan critanya pun klise je tapi kenapa dekat je ngan hati penonton.
    1. takda exes bergabung nak runtuhkan umahtangga…seriously ni sangat annoying..terutamanya drama akasia… tak boleh lari dr plot ni
    2. takda kisah anak datuk datin, ade pun mak bapak deja je kaya, tu pun watak penyedap jalan cerita je…
    3. takda adegan peluk2 laki bini, tapi tetap jugak sweet, adam dan nur. dan ini sekaligus menolak kenyataan bahawa netizen2 suka drama celahkangkang je. ini buktinya wahai director2 sekalian.
    4. jalan ceritanya sebenarnya berat, tapi plot tak meleret2..

    rasanya Aiman terasa sbb drama beliau dijadualkan ditayang selepas drama Nur.. aiman jugak ada tweet puji drama Nur…heheheh

    0

    0
  6. Aku says:

    Antara pelakon lelaki yang bagus lakonannya selain Izzue, Zaharil, Beto dan Shafiq Kyle.

    9

    0
  7. Torang says:

    Kalau skrip asyik kahwin paksa pastu jatuh cinta, anak tan sri / datuk.. berapa jauh boleh pegi…

    6

    0
  8. cici_pipit says:

    Andainya takdir part 1 n 2…best gak ler..

    2

    0
  9. Makcik drama sangat says:

    Betul apa kata SY ni. Skrg ni persaingan bnyk beb. Ramai pelakon2 berbakat di pasaran.ko nak memilih akibatnya ko gigit kuku jer lah kat rumah. Setiap pelakon tu ada cara mereka berinteraksi ngan audiences; and aku rasa SY ni salah seorg pelakon yg berbakat. Dia boleh expresi kan feeling dia ngan mimik muka. Dan pelakon yg bagus boleh melakonkan apa saja watak yg diberi. Pelakon yg kaku bagilah apa saja watak…ttp katu dan x menghidupkan watak tersebut. I totally agreed with you SY.

    0

    0
  10. Makcik drama sangat says:

    Betul apa kata SY ni. Skrg ni persaingan bnyk beb. Ramai pelakon2 berbakat di pasaran.ko nak memilih akibatnya ko gigit kuku jer lah kat rumah. Setiap pelakon tu ada cara mereka berinteraksi ngan audiences; and aku rasa SY ni salah seorg pelakon yg berbakat. Dia boleh expresi kan feeling dia ngan mimik muka. Dan pelakon yg bagus boleh melakonkan apa saja watak yg diberi. Pelakon yg kaku bagilah apa saja watak…ttp kaku dan x menghidupkan watak tersebut. I totally agreed with you SY.

    0

    0
  11. bukan aiman says:

    moral of the story, amek je tawaran yg ado. demi perut dan ank bini.. gitteww.. ade je drama dia yg tak best. tapi banyak yg best. antara faktor org tengok adalah sebab memang minat kat dia, drama best atau sebab da byr astro, nk tak nak ko hadap la drama tu..

    0

    0
  12. cap rice says:

    ellehhh…bila da byk job..ko pun jd mcm retis2 yg acah2 bagus tu..

    1

    0

Leave a Comment

Optional