Tidak pernah dengar sebarang berita ataupun hendak terlalu berbangga, siapa sangka pelakon Fouziah Gous sebenarnya sudah bergelar Datin.
Berita itu mula diperkatakan apabila Fouziah menerusi Insta Stories di Instagramnya memuat naik keratan akhbar dan juga beberapa momen gembira ketika suaminya Zhaf Yusof menerima beberapa anugerah pencapain terbaik sebagai “wealth advisor”.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah status suaminya yang kini bergelar Datuk.
Ramai yang memuji sikap rendah diri Fouziah yang tidak pernah menunjuk-nunjuk dengan status beliau sekarang.
Apa-apa pun, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Fouziah dan suami atas gelaran Datuk yang diterima. Ramai juga usahawan muda yang menerima gelaran tersebut sekarang kan?