Pelakon Filem James Bond, Sean Connery Meninggal Dunia Di Usia 90 Tahun

Pelakon Filem James Bond, Sean Connery Meninggal Dunia Di Usia 90 Tahun

Pelakon terkemuka dunia yang membintangi siri filem James Bond, Sir Sean Connery kini disahkan meninggal dunia.

Advertisement

Menurut laporan BBC, berita pilu itu disahkan sendiri oleh ahli keluarganya namun punca kematian masih belum didedahkan.

Sekadar informasi, aktor berdarah Scottish itu sebelum ini pernah merangkul pelbagai anugerah berprestij antaranya Anugerah Oscar pada tahun 1988, dua Anugerah Bafta dan tiga Golden Globes sekali gus menjadikan beliau antara pelakon paling berjaya pernah tercatat dalam industri perfileman dunia.

Tidak ketinggalan, beliau yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-90 pada Ogos lalu juga merupakan aktor pertama yang membawa watak ejen perisik British pada tahun 1962 dan memegang nombor 007 sepanjang tujuh siri sekuel filem itu dihasilkan.

Untuk rekod, Connery merupakan antara aktor antarabangsa yang amat disegani ramai, maka tidak hairanlah beliau dianugerahkan gelaran ‘Sir’ oleh Ratu England pada 2000.

Sumber: BBC

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...