Pelakon Filem Evolusi KL Drift Dan Tunang Dicekup Kerana Dadah

Hiburan

Pelakon Filem Evolusi KL Drift Dan Tunang Dicekup Kerana Dadah

pelakon evolusi kl drift kena tahan dadah
Hebat. Memang hebat pelakon filem Malaysia. Mungkin terlalu tertekan dengan kehidupan seorang selebriti, pelakon dari filem Evolusi KL Drift ditahan setelah positif dadah jenis metafetamin. Pelakon tersebut yang telah mengambil dadah sejak 9 bulan lalu telah dicekup bersama tunangnya di sebuah stesen minyak di MR22 ketika sedang tunggu bekalan dadahnya sampai.

Kami masih tak tahu siapakah gerangan artis ini. Katanya dulu dia pernah terbabit dalam sebuah kumpulan muzik yang hanya sempat keluarkan satu album. Lepas tue bertukar menjadi pelakon watak utama untuk beberapa drama dan pelakon pembantu untuk filem. Hint yang diberikan masih belum mampu membuat kami meneka siapakah pelakon ini.

Advertisement

Kami rasa artis-artis Malaysia ini mungkin stress bayaran yang diterima agak ciput menyebabkan mereka menggunakan dadah untuk menghilangkan stress. Untuk artis-artis lain, sila jangan tiru perangai pelakon yang seorang ini. Kalau stress hisaplah shisha. Tak kena tangkap dengan polis. Cuma mungkin kena kanser paru-paru je kot. Hehehe.

P.S: Kelakar gila nama-nama Jepun nie.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...