Pelakon Filem ‘Anakku Sazali’, Tony Castello Meninggal Dunia

Hiburan

Pelakon Filem ‘Anakku Sazali’, Tony Castello Meninggal Dunia

pelakon filem anakku sazali

Pelakon filem Anakku Sazali, Tony Castello atau nama Islamnya Mohd Nor Abdullah, 64, meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang, Isnin di Hospital Changi, Singapura.

Advertisement

Menurut pelakon veteran Datuk Mustapha Maarof yang dihubungi malam Isnin berkata, pelakon yang terkenal dengan watak Sazali dalam filem itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi, Chua Chu Kang, Singapura pada Selasa.

Mustapha agak terkejut menerima berita kematian Tony yang sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana sakit. Namun begitu, beliau tidak dapat mengesahkan punca kematian Tony.

“Saya agak terkejut dan sedih dengan kehilangan Allahyarham,” katanya yang berada di negara itu bagi menziarahi Allahyarham.

Dalam pada itu, seorang lagi pelakon veteran, Kuswadinata menganggap Tony seperti anaknya berkata lelaki itu sempat muncul beberapa babak dalam filem Empayar, yang akan dihasilkan dalam bentuk DVD kerjasama produksi Malaysia dan Singapura.

Sebelum itu, Tony pernah membintangi empat filem termasuk Doktor.

Dia merupakan penerima Anugerah Bintang Legenda Lelaki di Festival Filem Malaysia ke-22 di Sabah pada tahun lalu.

Hasil keberkesanan lakonannya dalam Anakku Sazali, beliau turut dianugerahkan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik di Tokyo, Jepun pada 1957.

Pelakon berasal dari Filipina itu juga aktif dalam bidang muzik dan pandai bermain trompet.

Bagaimanapun, sejak 31 tahun lalu dia menetap di Amerika Syarikat dan menjadi penduduk tetap negara itu.

Tony mempunyai tiga anak, seorang hasil perkahwinannya dengan wanita Amerika Syarikat manakala dua lagi dengan wanita Singapura.

Bagaimanapun, isteri pertamanya meninggal dunia manakala perkahwinan dengan isteri kedua pula berakhir dengan perpisahan.

Kemudian dia berkahwin dengan isteri ketiga yang berasal dari Filipina.

Dia turut menubuhkan akademi pemikiran kreatif di Singapura. Sumber Mstar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...