Apabila Elly Mazlein mengumumkan beliau sudah sah bercerai bersama suaminya Azmi Hatta sekitar tahun lalu, ramai yang agak terkejut, apatah lagi pada waktu itu Elly baru sahaja melahirkan anak pertamanya.
Pelbagai spekulasi yang timbul, tiba-tiba pula nama pelakon Faye Kusairi pula timbul sebagai orang ketiga yang menjadi punca Elly dan Azmi berpisah.
Dikatakan, Faye dan Azmi menjalinkan hubungan dan percintaan mereka itu dapat dihidu oleh Elly.
Kerana kecewa serta tidak dapat memaafkan kecurangan suaminya, Elly membuat keputusan untuk bercerai bersama Azmi.
Namun, Faye menafikan gosip tersebut dan menjelaskan beliau sama sekali tidak pernah rapat dengan Azmi mahupun Elly.
Apabila membaca gosip berkenaan, saya faham masyarakat ingin tahu punca perpisahan Azmi dan Elly. Tetapi, adalah tidak adil apabila saya dipalit sama sebagai orang ketiga. Ini fitnah dan saya berasa terluka dengan tuduhan tidak masuk akal itu.
Begitupun, tidak perlulah saya melatah atau memberi komen panjang-lebar. Yang penting perceraian Azmi dan Elly berlaku bukan kerana saya. Jika hendak diketahui puncanya, kenalah tanya mereka.
Tidak perlu lah lagi kita mencari punca Elly dan Azmi berpisah. Anggap  jodoh mereka berdua tidak begitu panjang. Jika ada wujud orang ketiga pun, biarlah mereka sahaja yang tahu. Doakan yang terbaik buat Elly dan anaknya.