Pelakon Ery Putra Kesal Pengguna TikTok Guna ‘Aset’ Tubuh Badan Demi Meraih Perhatian

Hiburan

Pelakon Ery Putra Kesal Pengguna TikTok Guna ‘Aset’ Tubuh Badan Demi Meraih Perhatian

Kini, pelbagai aplikasi media sosial seperti TikTok dijadikan sebagai salah sebuah platform hiburan yang digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat, malah turut menjadi trend di kalangan artis tempatan.

Walau bagaimanapun, pelakon Ery Putra telah meluahkan rasa kesal apabila segelintir pengguna aplikasi tersebut banyak melakukan aksi tidak sopan dan kurang senonoh.

Advertisement

Dia yang memuat naik sebuah video daripada aplikasi TikTok itu turut menyifatkan sesetengah pengguna cenderung untuk memaparkan ‘content’ yang agak keterlaluan dan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada pengguna terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan remaja semata-mata untuk meraih perhatian.

Ery turut memesan kepada mereka di luar sana supaya tidak menyokong perbuatan seperti itu kerana ianya seperti menjatuhkan maruah umat Islam yang lain yang turut sama menggunakan aplikasi tersebut.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Ery Putra bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan pelakon filem Town Mall ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...