February 21st, 2018

Pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua, Dynas Mokhtar mengumumkan beliau bakal menamatkan zaman jandanya dengan cinta hatinya, Shazrik Din pada 21 April depan. Majlis akad nikah bakal berlangsung di kediaman ibu Dynas yang terletak di Shah Alam.

Dynas akui beliau merasa gementar menantikan hari bahagianya itu begitu juga dengan Shazrik yang belum pernah berkahwin.

Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah ibu di Shah Alam. Majlis bertandang akan diadakan pada 28 April di sebuah dewan di Damansara manakala resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.

Alhamdulillah, persiapan lancar, cuma ada beberapa lagi perkara yang akan dibuat pada saat-saat akhir termasuk persalinan perkahwinan. Dapatlah saya kurangkan berat badan sementara menunggu hari bahagia.

Sebelum ini Dynas pernah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta, Hafiz Hafizy pada 15 Mac 2008 dan bercerai pada 25 Februari 2014. Hasil perkahwinan itu, Dynas dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.

Tahniah kami ucapkan kepada Dynas dan Shazrik, semoga perkahwinan kali ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE


20 responses to “Pelakon Dynas Mokhtar Tamatkan Zaman Janda 21 April Depan”

  1. Anonymous says:

    ape ader hal dynas lentok2 pon kawin jgk. mek hajah puas ganti2 hero melentok gesel peluk pun sudah tp masih tak kawin lagi.

  2. meetomato says:

    apala word korang ni, lentok sana sini…first things first, ko fikir dynas ni se alim korang ke yg berjubah semua? skrg dh tahun 2018 wei, cuba la ckp benda yg baik je…wish congratulations ke (tu pun klu korang fikir congratulations tu haram ke tak) haih…meleis

  3. Manja says:

    Laaaaa.. Ingatkan dh nikah.. Buang duit je buat majlis besar2 kalau dh lentok2 cam laki bini.

  4. Anonymous says:

    dia pilih janda mungkin janda lebih paham, matang, pengalaman dh kawin.tau urus rumah tangga.. independent yg penting.

    kalu anak dara ..maybe sebaliknya..

    ni aku ckp je base teori kengkawan yg kawin janda

  5. mak leha says:

    oh belum kahwin lagi rupanya, tengok gambar lentok leher sana-sini ingat dh sah suami isteri…erm…

    • Anonymous says:

      itu lah jgn lah ikut spesis shahnaz nabila tu. janda nk tackle laki bujang kene adegan gitu. dh puas posing tetek melekat dada baru lah dpt kawin. kang tak laku pulak kan.

Loading...