Pelakon Cilik Alyssa Dezek Peroleh 100% Subjek Akaun, Netizen Puji – “Nampak Sopan, ‘Beauty With Brain'”

Hiburan

Pelakon Cilik Alyssa Dezek Peroleh 100% Subjek Akaun, Netizen Puji – “Nampak Sopan, ‘Beauty With Brain'”

Pelakon dan penyanyi cilik Alyssa Dezek memaklumkan dia telah memperoleh keputusan cemerlang 100 markah untuk ujian diagnostik bagi subjek Prinsip Perakaunan.

Alyssa Dezek peroleh keputusan cemerlang

Berita gembira itu dikongsikan Alyssa di mana dia berusaha keras bagi membolehkan dirinya memasuki aliran perakaunan.

Advertisement

Alhamdulillah, memang benar, saya dapat markah penuh untuk ujian diagnostik bagi subjek Prinsip Perakaunan. Sebelum boleh menyertai mana-mana aliran, pelajar tingkatan empat harus menjawab ujian diagnostik.

Sebelum ujian itu memang saya berusaha bersungguh-sungguh, saya tak memilih untuk belajar aliran sains sebab agak sukar, maka pilihan saya adalah aliran perakaunan.

Alyssa yang juga ikon kepada satu jenama pendidikan berkata dia menyertai tuisyen yang dianjurkan jenama itu dan memperoleh markah penuh.

Saya kini belajar di sekolah swasta. Sejujurnya, kadang-kadang saya ‘lost’ kerana tuntutan kerja, saya tak dapat menghadirkan diri ke sekolah. Tetapi apabila saya berada di rumah dan mempunyai masa lapang, saya akan belajar semula dan saya juga menyertai tuisyen PTTI.

Pelakon itu juga menyimpan harapan untuk cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia kelak.

Sekadar info, Alyssa Dezek pernah membintangi drama seperti Skuad Detektif KBAT, Cinta Untuk Sekali Lagi, Jodoh-Jodoh Annisa.

Alyssa juga turut mempunyai single lagu seperti Lagu Untuk Kamu, Duniaku, Bintang, Let It Flow dan Faham Tak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nora Danish didekati jejaka
4 weeks ago

"Saya Tak Kaya Tapi Boleh Bahagiakan Awak" - Baru Seminggu 'Solo', Nora Danish Dihujani Mesej Lelaki 'Cuba Nasib'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...