Pelakon Cantik Persis Barbie Nadiyah Shahab Nafi Buat Pembedahan Plastik

Hiburan

Pelakon Cantik Persis Barbie Nadiyah Shahab Nafi Buat Pembedahan Plastik

Sejak drama Lafazkan Kalimah Cintamu ditayangkan, nama pelakon baharu Nadiyah Shahab semakin mendapat perhatian. Dikatakan memiliki wajah yang sangat cantik, berkulit putih dan mempunyai bibir yang menggoda, ada pula pihak mendakwa beliau melakukan pembedahan plastik.

Advertisement

Namun, Nadiyah yang mempunyai darah kacukan Arab dan Jawa menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu wajahnya adalah asli.

Saya tidak akan layan mana-mana persoalan mengenai raut wajah saya, sama ada asli atau sebaliknya. Semuanya asli dan ‘bukan plastik’ seperti dakwaan sesetengah orang.  Hanya kerana wajah saya kelihatan seperti seorang usahawan kosmetik tertentu, saya didakwa mengubah wajah asli. Padahal perkara itu tidak pernah wujud sama sekali.

Mereka yang membuat tuduhan tidak berasas itu sebenarnya terlalu cemburu dengan kecantikan yang dimiliki oleh Nadiyah. Biasalah, ada sesetengah manusia ini memang tidak senang melihat kelebihan orang lain.

Sumber Berita : Free Malaysia Today

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.