Aktres bollywood, Katrina Kaif dan aktor kacak Vicky Kaushal berkongsi berita gembira di media sosial masing-masing bahawa mereka kini sah bergelar suami isteri.
Menurut laporan Hindustan Times, pasangan sama padan ini melangsung upacara perkahwinan mereka di kubu istana bersejarah di Six Senses Fort Barwara, Rajasthan.
Melihat hantaran di Instagram milik Katrina dan Vicky, pasangan sejoli ini memuat naik kapsyen yang sama dengan meminta kiriman restu dan doa orang ramai buat mereka berdua dalam menempuhi alam berumahtangga sebagai pasangan suami isteri.
Hanya cinta dan kesyukuran dalam hati kami yang bawa kami pada saat ini. Mohon restu dan kasih sayang anda semua sebagai permulaan perjalanan baru kami.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai kenalan dan rakan artis membanjiri ruangan komen kedua-dua media sosial pasangan pengantin baru dengan ucapan tahniah dan doa restu buat mereka berdua.
“Sangat mengagumkan. Kirimkan kamu berdua semua kasih sayang saya!! Harus menari bersama akan datang!” tulis Hrithik Roshan.
“Tahniah Kat dan Vicky! Kamu berdua nampak cantik” tulis Sonam Kapoor.
Pandai betul pasangan bollywood ni simpan rahsia, tahu-tahu dah kahwin. Tahniah buat Katrina dan Vicky!