Media sosial sejak semalam kecoh apabila tular sebuah video memaparkan seorang pelakon wanita berstatus ibu tunggal dipercayai mengunjungi sebuah kelab malam di Sarawak baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsi, kelibat pelakon berkulit cerah itu dilihat hadir ke pusat hiburan berkenaan dengan diiringi sekumpulan pengawal keselamatan peribadi.

Tanpa menyembunyikan identiti, pelakon yang mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu itu turut dilihat melambai dan membalas sapaan peminat yang menegurnya ketika berada di premis tersebut.
Difahamkan, video berkenaan dimuat naik oleh seorang peminat yang kebetulan berada di pusat hiburan sama pada waktu kejadian.
“Minat sangat dengan artis Malaysia ini sejak saya zaman anak dara lagi,” kata pemilik video berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui tidak terkejut dengan penularan video tersebut. Malah, ada yang beranggapan kehadiran pelakon itu ke kelab malam berkenaan hanyalah untuk berhibur dan melepaskan tekanan.
“Bersangka baik, mungkin dia stres dan pergi kelab malam untuk tenangkan diri.”
“Biarlah hidup masing-masing, mungkin juga dia ada penggambaran di situ,” komen netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
