Pelakon Benjy yang merupakan anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, selepas pihak berkuasa Indonesia mendapati beliau cuba untuk menyorokkan dadah jenis Syabu di dalam duburnya. Dua paket syabu berjaya dikeluarkan dari duburnya oleh pasukan keselamatan selepas beliau mendarat di lapangan terbang tersebut.
Menurut Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Lapangan Terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah, Benjy tiba di lapangan terbang berkenaan menggunakan pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk bertemu rakannya.
Benjy juga mengakui dadah itu dibeli dan dibawa dari Kuala Lumpur.
Setelah dilakukan pemeriksaan, ditemukan dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya. Suspek mengaku membeli syabu daripada seseorang di Kuala Lumpur. Suspek juga pernah didakwa kerana kes sama (dadah) di Malaysia sebanyak empat kali sekitar 2015.
Buat masa ini, Benjy masih lagi ditahan untuk siasatan di sebuah balai polis di sana.