Nama Boy Iman satu ketika dahulu dikenali sebagai pelakon yang popular menerusi trend telefilem versi VCD, Blok 404. Walaupun beliau sudah lama tidak berlakon Boy masih lagi mengikuti perkembangan terbaru dunia lakonan.
Baru-baru ini, Boy ada mengimbas kembali kenangan ketika beliau dicalonkan sebagai finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 dan berkongsi memori itu di akaun Instagramnya.
Pada masa yang sama, beliau turut mengkritik sikap segelintir pelakon baru yang dikatakan berlagak sombong dan tidak menghormati artis senior. Berlakon pula agak ‘kayu’ dan sepatutnya mempelajari ilmu lakonan dengan baik. Biarlah popular kerana kerja yang berkualiti berbanding dikenali hanya berdasarkan jumlah pengikut di media sosial sahaja.
Dalam pada itu, Boy sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang pernah menyokong dan membencinya sepanjang 19 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.