Pelakon senior yang sering menghiasi drama-drama tempatan, Rusdi Ramli nampaknya tampil bersuara dan meluahkan pendapat yang sama dengan rakan artis yang lain apabila merasakan pelakon baru kini semakin ‘besar kepala’ dan tidak profesional.
Ujar Rusdi, suasana di set penggambaran jika dibandingkan dengan zaman dahulu amatlah berbeza dan tidak mesra.
Sikap segelintir muka baru dalam industri seni lakonan yang lebih gemar menghabiskan masa bermain telefon bimbit menjadikan hubungan mereka dengan pelakon lain menjadi tidak rapat dan kekok.
View this post on Instagram
“Saya tak tahu budak-budak Instafamous atau datang dari mana ke. Tapi selalu la nampak sekarang ini mereka datang dengan handphone masing-masing, tak bercampur dan tak bertanya. Kalau dulu ada yang datang bertanya, dalam 10 tahun lalu, sekarang memang tiada, kadang-kadang kami (pelakon senior) sendiri tertanya-tanya tentang watak mereka.”
Rusdi yang ditemui media ketika penggambaran drama Kampung Kolestrol arahan Suhaimi Lua yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadhan akan datang.
Mengakhiri temubual, Rusdi berkata dia kini akur dengan cara kerja yang diamalkan pada zaman ini namun menegaskan pelakon yang baik berbalik kepada bakat yang dimiliki seseorang.
“Saya faham cara bekerja sekarang dah berubah tetapi bakat itu kita tidak boleh ubah, cara kerja sukahatilah, janji dalam set semasa bekerja buatlah kerja.” ujar Rusdi lagi.